LAHAD DATU, 1 Okt – Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa memberikan perhatian yang adil dan saksama terhadap masyarakat India termasuk di Sabah, kata Pengerusi MIC Sabah Datuk V. Jothi.
Beliau berkata Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman juga prihatin terhadap keperluan masyarakat India, walaupun kaum India adalah minoriti di negeri itu.
“Keprihatinan dan komitmen kerajaan dapat dilihat menerusi pelbagai bantuan diberikan untuk kaum India serta bantuan kepada kuil-kuil di Sabah,” katanya kepada pemberita semasa ditemui pada program bersempena perayaan Deepavali yang akan disambut pada 18 Oktober.
Turut hadir Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Datu Nasrun Datu Mansur.
Sementara itu, Jothi berkata masyarakat India di daerah ini berharap kerajaan akan menimbangkan dan meluluskan permohonan mereka bagi membina sebuah kuil untuk mereka. – Bernama