Saturday, January 18, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Boateng didenda Bayern

    PARIS, 2 APRIL – Bayern Munich telah mendenda pemain pertahanan Jerome Boateng kerana meninggalkan bandar ‘tanpa kebenaran’, satu tindakan yang melanggar peraturan ketat perintah berkurung yang dikenakan akibat wabak koronavirus.

    Menurut televisyen TVO, pemain berusia 31 tahun itu telah meninggalkan bandar tersebut untuk melawat anak lelakinya yang mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan jalan raya.

    “Pemain pertahanan Bayern, Jerome Boateng telah meninggalkan bandar kelmarin tanpa kebenaran dari kelab,” kata juara Jerman dalam satu kenyataan.

    “Boateng telah melanggar garis panduan yang dikeluarkan oleh kelab dengan berada terlalu jauh dari rumahnya.

    “Garis panduan berkenaan mengawal tingkah laku pemain-pemain FC Bayern dalam situasi sekarang sejajar dengan arahan kerajaan mengenai sekatan pergerakan dan cadangan pihak berkuasa kesihatan. Bayern tidak menyatakan jumlah denda yang dikenakan.

    “Saya tahu ia adalah aatu kesalahan kerana tidak memaklumkan kepada kelab mengenai perjalanan saya. Tetapi pada masa itu, saya hanya memikirkan mengenai anak saya,” beritahu Boateng kepada akhbar Bild.

    “Dia tidak sihat. Jika seorang anak menelefon ayahnya, sudah tentunya saya akan pergi, pada bila-bila masa.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda