Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bot, kapal kargo berlanggar, 14 hilang

    MANILA, 29 JUN – Para penyelamat Filipina melakukan pencarian ke atas 14 individu yang hilang selepas bot nelayan mereka berlanggar dengan sebuah kapal kargo, kata pihak berkuasa.

    Pelanggaran bot yang berlaku awal kelmarin di perairan barat daya Manila itu telah menenggelamkan kapal nelayan Filipina, Liberty 5 di luar pantai wilayah Occidental Mindoro.

    Kapten kapal kargo, Vienna Wood, yang berdaftar di Hong Kong, menghubungi talian kecemasan ‘beberapa jam kemudian’ dan kapal itu diiringi ke darat oleh Pengawal Pantai Filipina, kata jurucakap agensi, Komodor Armando Balilo.

    Tidak jelas jika Liberty 5 telah karam.

    Pihak berkuasa Filipina mengerahkan pesawat udara dan kapal-kapal mencari mangsa hilang yang termasuk 12 anggota kru Filipina dan dua penumpang.

    Arus lautan deras menghambat pencarian malam semalam, namun operasi disambung semula awal hari ini. – AFP

    Gambar bertarikh 28 Jun yang dikeluarkan Pengawal Pantai Filipina menunjukkan bangkai kapal FV Liberty 5 di perairan luar pesisir pekan Mamburao di wilayah Mindoro Occidental, selatan Manila, Filipina. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda