BERLIN, 3 APRIL – Presiden Botswana kelmarin mengancam akan menghantar 20,000 ekor gajah ke Jerman dalam pertikaian mengenai import pemburuan haiwan liar.
Warga Jerman harus ‘hidup bersama dengan haiwan, dalam cara yang awda cuba beritahu kami,’ kata Mokgweetsi Masisi kepada harian Jerman Bild.
‘Ini bukan jenaka,’ kata Masisi, di mana negaranya telah menyaksikan populasi gajah telah meningkat kepada kira-kira 130,000.
Botswana telah pun menawarkan 8,000 ekor gajah ke Angola dan 500 lagi ke Mozambique, ketika ia berusaha untuk menangani apa yang digambarkan oleh Masisi sebagai ‘populasi berlebihan.’
“Kami ingin menawarkan hadiah seperti itu kepada Jerman,” kata Masisi, sambil menambah dia ‘tidak akan menerima penolakan.’
Pemimpin Afrika itu berhujah usaha pemuliharaan telah membawa kepada peningkatan dalam bilangan gajah dan memburu adalah cara penting untuk mengawalnya.
Kumpulan gajah itu menyebabkan kerosakan harta benda, memakan tanaman dan mengancam penduduk, katanya kepada akhbar Jerman.
Kementerian Alam Sekitar Jerman awal tahun ini mengemukakan kemungkinan had yang lebih ketat terhadap import untuk pemburuan haiwan liar disebabkan kebimbangan pemburuan haram. – AFP
