Tuesday, September 10, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brazil buat rayuan terhadap penggantungan Marta

    PERANCIS, 6 OGOS – Brazil telah membuat rayuan terhadap keputusan FIFA untuk menggantung Marta bagi dua perlawanan selepas kad merah yang diterimanya dalam peringkat kumpulan kejohanan bola sepak wanita di Sukan Olimpik Paris.

    Brazil bakal menentang juara Piala Dunia, Sepanyol dalam perlawanan separuh akhir di Marseille hari ini.

    Marta tidak bermain dalam kemenangan 1-0 Brazil ke atas tuan rumah Perancis pada suku akhir selepas dia menerima kad merah pada perlawanan akhir peringkat kumpulan menentang Sepanyol kerana mengasari Olga Carmona.

    Kad merah itu memberikan kesan emosional kepada Marta, kapten pasukan dan pemain terbaik dunia enam kali yang mengatakan bahawa ini merupakan kejohanan antarabangsa terakhirnya bersama pasukan Brazil.

    Jawatankuasa tatatertib FIFA kemudiannya menentukan bahawa kekasaran itu layak untuk digantung dua perlawanan. Persekutuan bola sepak Brazil mengumumkan lewat Ahad bahawa mereka akan membuat rayuan terhadap keputusan itu.

    “Marta mempunyai rekod sempurna dalam menghormati peraturan dan permainan adil, serta menjadi rujukan dunia dalam sukan itu untuk beberapa generasi dan segala pencapaiannya di dalam dan di luar padang,” kata persekutuan itu dalam satu kenyataan.

    Rayuan bagi pihak Marta nampaknya gagal kerana peraturan tatatertib FIFA sendiri menyatakan bahawa rayuan tidak boleh diterima untuk penggantungan dua perlawanan.

    Marta yang berusia 38 tahun bermain dalam Olimpik keenamnya. Dia menyaksikan kemenangan suku akhir Brazil dengan penuh semangat dari tempat duduk penonton. – AP

    Reaksi Marta meninggalkan padang selepas dilayangkan kad merah semasa perlawanan bola sepak di Stadium Bordeaux, semasa Sukan Olimpik di Bordeaux, Perancis pada 31 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda