Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brazil mampu tangani tekanan – Tite

    MOSCOW, 28 Jun – Tite menegaskan Brazil mampu menangani tekanan menjadi pasukan pilihan menjuarai Piala Dunia, susulan penyingkiran mengejut Jerman, di mana bos Brazil itu percaya pasukannya bermain dengan lebih baik di pusingan kalah mati Rusia.

    Brazil mengesahkan kemenangan 2-0 ke atas Serbia awal pagi tadi dengan gol di setiap separuh masa oleh Paulinho dan Thiago Silva, menjamin tempat di peringkat 16 terakhir menentang Mexico Isnin depan.

    Dengan Jerman gagal melepasi peringkat kumpulan buat pertama kali dalam tempoh 80 tahun, Brazil kini dilabel sebagai pasukan pilihan untuk memenangi Piala Dunia.

    Tite menjangka pasukannya akan bermain dengan lebih baik di pusingan kalah mati setelah menamatkan sebagai juara Kumpulan E.

    “Kami boleh menangani tekanan, kami adalah pasukan yang seimbang dan kami mempunyai pemain gantian yang mempu mengalas tugas pasukan, yang mana itu sangat penting,” kata jurulatih Brazil, Tite.

    Tite mengawasi sesi latihan pasukannya di Stadium Yug Sport. – AFP

    “Sebagai contoh, Marcelo cedera di awal perlawanan dan kami mampu menggantikannya. Bagi kami, ia adalah mengenai menjadi lebih kuat dan berkembang.

    “Kami menerima jangkaan, namun pasukan ini telah berada di tahap tinggi kerana mereka cemerlang pada kempen kelayakan, namun apabila anda datang ke Piala Dunia, ia adalah kitaran dan format baru.

    “Kami telah mengharungi tiga perlawanan dan semua perkara semakin bagus.”

    Tite berkata dia mengalami penderitaan pemilihan, di mana perkara paling sukar adalah untuk memilih kesebelasan utamanya, apabila memasukkan pemain bintang Manchester City, Fernandinho di separuh masa kedua dan mengekalkan penyerang Liverpool, Roberto Firmino di bangku simpanan di Moscow.

    “Ia merupakan salah satu perkara yang menyakitkan saya sebagai jurulatih, terpaksa mengetepikan khidmat pemain berkualiti,” katanya.

    “Anda perlu mencabar atlet itu untuk berkembang, ia adalah kejohanan pendek dan anda memilih atlet yang betul bagi perlawanan yang betul.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda