Wednesday, October 30, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brentford tambah derita Chelsea

    LONDON, 27 APRIL – Frank Lampard mengakui penyokong Chelsea yang marah berhak mengejek pasukannya selepas mereka tewas kali kelima berturut-turut susulan dimalukan 0-2 oleh Brentford semalam.

    Jaringan sendiri Cesar Azpilicueta dan rembatan lewat Bryan Mbeumo menambahkan lagi kekecewaan Lampard sejak menggantikan Graham Potter.

    Chelsea gagal menjaringkan gol dalam enam daripada tujuh aksi terakhir dan kini menduduki tangga ke-11 carta Liga Perdana Inggeris (EPL).

    Mereka tidak menang dalam sebarang kejohanan sejak 11 Mac di Leicester, kemarau kemenangan yang berlanjutan kepada lapan perlawanan.

    Enam daripada lapan aksi itu di Stamford Bridge dan penyokong Chelsea mula hilang sabar selepas tewas kepada kelab tetangga London, Brentford yang secara tradisinya tiada masalah diatasi tetapi kali ini menewaskan mereka.

    “Sudah tentu penyokong berasa bimbang. Jika awda penyokong Chelsea, awda sudah biasa dengan kejayaan 20 tahun dan awda mahu lebih lagi,” kata Lampard.

    “Saya tiada masalah dengan ejekan penyokong. Saya tidak duduk di sini untuk menentang penyokong dan berkata jangan ejek pemain.”

    Pengurus sementara Lampard hanya mengendalikan pasukan sehingga hujung musim ini dengan laporan mendakwa bekas bos Paris Saint Germain dan Tottenham, Mauricio Pochettino calon pilihan dilantik pengurus baharu Blues. – AFP

    Aksi pemain Brentford Shandon Baptiste (kiri) dan Ben Chilwel dari Chelsea semasa perlawanan di stadium Stamford Bridge di London pada 26 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda