Tuesday, March 18, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Buat pemeriksaan lanjut untuk ubat antiviral

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Orang ramai, khususnya mereka yang disahkan positif COVID setelah menjalani ujian pantas antigen (ART), berumur 18 tahun ke atas, yang menghidap penyakit kronik dan mengalami tanda-tanda jangkitan COVID boleh hadir ke klinik flu di pusat-pusat kesihatan kerajaan bagi pemeriksaan lanjut.

    Ini adalah untuk memastikan sama ada mereka boleh diberikan ubat antiviral COVID bagi mengawal tanda-tanda jangkitan daripada menjadi lebih teruk.

    Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa Sidang Media Normal Baharu COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan turut menjelaskan bahawa ubat antiviral tersebut sebaik-baiknya mula diambil dalam masa lima hari dari masa mula-mula mengalami tanda-tanda jangkitan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda