Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 DIS – Kanak-kanak berusia bawah 11 tahun akan dibolehkan memasuki premis perniagaan dan restoran ditemani orang dewasa yang lengkap vaksin apabila negara memasuki Fasa Endemik.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah menjelaskan perkara itu hari ini.
Selain itu, mereka juga diboleh-kan untuk menginap di hotel-hotel, tambah beliau semasa sidang media harian di Kementerian Kesihatan, hari ini.