Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Budak belum bervaksin perlu jalani kuarantin

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 DIS – Kanak-kanak terutamanya golongan remaja di bawah 11 tahun yang belum menerima suntikan vaksin juga tidak terkecuali untuk menjalani tempoh kuarantin dan melakukan ujian COVID-19, sebagaimana kelonggaran bagi melakukan perjalanan keluar dan masuk negara melalui udara yang dibuka semula bermula awal tahun depan.

    Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar ketika mengulas keperluan kuarantin dan ujian ART dan PCR bagi golongan kanak-kanak berusia di bawah 11 tahun yang belum menerima suntikan pada saat negara membuka semula kelonggaran penerbangan ke negara-negara dalam Travel Green List semasa Fasa Awal Endemik secara percubaan dengan empat buah negara iaitu Australia, China, Singapura dan United Kingdom.

    “Seperti yang kita ketahui, golongan remaja berusia 11 tahun ke bawah pada masa ini belum lagi menerima suntikan vaksin di negara ini, namun terdapat negara-negara di luar negara yang sudah memulakan program suntikan terhadap golongan pada peringkat usia tersebut.

    “Maka dalam hal ini mereka juga diwajibkan untuk melakukan ujian ART dan PCR dan tempoh kuarantin yang sama sebagaimana syarat-syarat yang telah ditetapkan kepada golongan dewasa sekiranya mereka melakukan perjalanan keluar dan masuk negara bermula pada 1 Januari ini,” jelas beliau lagi pada sidang media harian di Kementerian Kesihatan, hari ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda