Thursday, December 19, 2024
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Budak mati dijangkiti bakteria

    WINTER PARK, FLORIDA, 19 FEB – Seorang budak lelaki berusia 11 tahun di Florida meninggal dunia beberapa hari selepas buku lali yang terseliuh mendapat jangkitan bakteria pemakan daging, kata ahli keluarganya.

    Jesse Brown, murid gred lima di Sekolah Rendah Lakemont di Winter Park, cedera semasa menggunakan treadmill pada bulan lalu, beritahu sepupunya, Megan Brown, kepada saluran berita tempatan.

    Menurut Megan, keluarganya mendapati kaki budak itu dipenuhi lebam kemerah-merahan beberapa hari selepas kemalangan dan lebam tersebut merupakan tanda pertama jangkitan strep-A. Dia berkata bakteria memasuki aliran darahnya dan membawa kepada kerosakan organ.

    Jesse dibawa ke hospital untuk rawatan dan meninggal dunia beberapa hari selepas itu. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda