Thursday, December 26, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bumbung kereta api runtuh ragut 14 jiwa

    NOVI SAD, 3 NOV – Beribu-ribu rakyat berkumpul untuk berkabung semalam di utara Serbia untuk meratapi 14 orang yang terkorban apabila bumbung stesen kereta api runtuh.

    Bencana itu berlaku Jumaat lalu di stesen kereta api utama di bandar utara Novi Sad.

    Di sebuah tugu peringatan sementara di boulevard berhampiran stesen itu, para penduduk menyalakan lilin dan meletakkan bunga manakala yang lainnya memegang kertas putih dengan nama mangsa.

    Majlis berkabung juga diadakan di bandar-bandar di seluruh Serbia ketika penduduk menyatakan kemarahan dan ketidakpercayaan mereka, menuntut akauntabiliti atas tragedi itu.

    “Pertama, saya sangat sedih, kedua saya fikir sesuatu perlu dilakukan supaya kita boleh hidup dengan bermaruah. Pihak berkuasa perlu menunaikan tanggungjawab mereka. Saya sangat pahit, sangat marah,” kata pesara, Vera Lekovic Ogorelica , 66, kepada AFP.

    “Saya tidak dapat berada di tempat lain selain di sini malam ini. Untuk menghantar mesej solidariti, untuk berkongsi kesakitan dengan keluarga mangsa,” kata seorang lagi yang berkabung, guru tadika, Maja Drazic, 37.

    Menteri Dalam Negeri Serbia, Ivica Dacic, berkata kelmarin pihak berkuasa telah mula menentukan tanggungjawab untuk bencana itu.

    Dacic memberitahu Televisyen Prva pejabat pendakwa raya akan menyoal siasat 20 orang, bermula dari atas, orang dari kementerian, syarikat awam (Serbia) Railways.

    Beliau berkata polis sedang merampas dokumen berkaitan stesen kereta api itu daripada kementerian pembinaan, pengangkutan dan infrastruktur. – AFP 

    Seorang anggota bomba memeriksa bumbung stesen kereta api di bandar Novi Sad di utara Serbia pada 2 November. – AFP

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda