MONTREAL, 24 NOV – Kerajaan Kanada secara rasmi memohon maaf pada Sabtu kepada komuniti orang asli atas pembunuhan ratusan anjing luncur yang dilakukan oleh polis lebih setengah abad lalu.
Menteri Perhubungan Mahkota-Orang Asal, Gary Anandasangaree, menyampaikan permohonan maaf tersebut di Nunavik, wilayah utara Quebec.
“Tidak sepatutnya mengambil masa berdekad-dekad untuk Kanada memohon maaf kepada Inuit Nunavik atas peranan Kerajaan Persekutuan dalam perampasan dan kehilangan menyakitkan anjing-anjing luncur, yang dianggap sebagai sahabat dan keluarga,” kata Anandasangaree.
Menurut laporan tahun 2010, lebih 1,000 anjing milik masyarakat Nunavik telah dibunuh tanpa mengambil kira akibat serius dan kesukaran yang dihadapi oleh pemilik anjing dan keluarga mereka.
Anjing-anjing luncur tersebut “sangat pen-ting untuk aktiviti memburu, memancing dan perangkap pemiliknya, serta untuk seluruh komuniti yang bergantung pada anjing-anjing ini untuk kelangsungan hidup dan pengangkutan,” menurut laporan itu, yang diterbitkan oleh seorang hakim yang telah bersara. – AFP