NAIROBI, KENYA, 2 APRIL – Seorang pegawai di Burundi mengumumkan bahawa 13 mayat pelombong emas telah ditemui dari dua lubang setelah mereka terperangkap oleh air banjir.
Nicodeme Ndahabonyimana, seorang pentadbir daerah di wilayah barat laut Cibitoke, menyatakan bahawa pelombong itu tidak dapat diselamatkan selepas lubang-lubang itu runtuh pada malam Jumaat semasa hujan lebat.
Beliau menyatakan bahawa dua pelombong yang hilang dan dianggap telah mati masih belum ditemui dan menggesa para pelombong kecil-kecilan mengelakkan kawasan lubang-lubang semasa musim hujan.
Polis dan pihak berkuasa yang lain kelmarin cuba untuk menyelamatkan pelombong dari lubang-lubang yang dipenuhi dengan air yang melimpah dari sungai Rugogo, namun usaha itu tidak berjaya.
Kemalangan seperti ini sering dilaporkan di barat laut dan timur laut Burundi, di mana orang ramai yang melombong secara haram lebih suka bekerja pada waktu malam bagi mengelakkan pengawasan pihak berkuasa. – AP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/04/P12-4a-web-Burundi_03042023.jpg)