Oleh Daniel Lim
BELAIT, 31 MAC – Kompleks Membeli-belah KBSentral telah mengakhiri bulan Mac dengan majlis cabutan bertuah bulanan Bah Manang yang disiarkan secara langsung menerusi Instagram, baru-baru ini.
Seramai 300 orang pelanggan telah dikenal pasti dalam proses penapisan resit daripada kotak-kotak cabutan sepanjang Mac.
Antara hadiah yang diberikan adalah pelbagai barangan elektronik dan baucar membeli-belah dengan pemenang utama iaitu Leong Kok Kuan memenangi TV LED Matrix 32 inci.
Sementara itu, Awang Ridhwan Nursaifullah memenangi hadiah kedua berupa ketuhar elektronik Matrix dan di tempat ketiga, Dayang Siti Nurain memenangi kipas dinding Matrix.
Dayang Sarbanun binti Haji Manan memenangi baucar daripada Jaya Hypermart selaku pemenang keempat diikuti oleh Dayang Sity Nur Mastura binti Abdul Hamid di tempat kelima yang memenangi Faber Deep Fryer.
Pemenang keenam dan kesembilan pula ialah Dayangku Hajijah Abas yang memenangi Philip Blender; Edi Pridiyana Putera memenangi Cornell Sandwich Maker; Dayang Noryana binti Haji Sulaiman memenangi baucar minuman daripada Beesket dan Awang Rosmadi bin Haji Suhaili yang memenangi Narutron Kettle. Manakala itu, di tempat ke-10, Lukas Prasetyo memenangi Matrix Steamer.
Para pemenang dihubungi secara langsung oleh pasukan KBSentral untuk mengambil hadiah masing-masing.
Cabutan bertuah bulanan berkenaan akan diteruskan lagi dengan cabutan akan diadakan pada penghujung setiap bulan.