Wednesday, March 12, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Capital A jual syarikat tambang rendah AirAsia kepada AirAsia X

    SEPANG, MALAYSIA, 8 JAN – Syarikat konglomerat Malaysia, Capital A berkata hari ini ia merancang untuk menjual syarikat penerbangan tambang murahnya AirAsia kepada AirAsia X dalam usaha menyelaraskan operasi.

    Di bawah terma perjanjian tidak terikat itu, anak syarikat AirAsia Malaysia dan subsidiari AirAsia di Kemboja, Thailand, Indonesia dan Filipina akan digabungkan dengan AirAsia X, katanya.

    Tony Fernandes (dua kiri) semasa sidang akbar di Ibu Pejabat RedQ AirAsia di Sepang pada 8 Januari. – AFP

    Entiti baharu itu akan mengendalikan penerbangan jarak pendek, sederhana dan jarak jauh, kata ketua eksekutif Capital A, Tony Fernandes kepada pemberita, membolehkan konglomerat itu memberi tumpuan kepada perniagaan bukan penerbangannya.

    “Kami akan menggabungkan dua syarikat penerbangan dan trafik penumpang dua kali ganda kepada 200 juta (setahun) daripada kira-kira 80 hingga 90 juta pada masa ini,” kata Fernandes.

    AirAsia mempunyai 166 pesawat A320 dan A321 manakala AirAsia X mempunyai 17 A330 yang beroperasi.

    Syarikat penerbangan yang digabungkan itu akan mula membuat laluan baharu ke India, Afrika, Kazakhstan, dan Amerika Utara dan Selatan pada 2025, kata Fernandes, yang turut mengumumkan akan bersara daripada jawatannya di Capital A pada 2028.

    “Saya telah melakukannya selama 22 tahun. Ia adalah masa yang sesuai untuk bersara,” katanya.

    “Kepimpinan tahu bila masa untuk berundur.”

    Shukor Yusof, penganalisis Endau Analytics yang berpangkalan di Singapura, memberitahu AFP penggabungan itu adalah “semula jadi”, tetapi boleh menjadi petanda kemerosotan dalam sektor penerbangan di rantau itu. – AFP

     

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda