Thursday, December 12, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cara atasi kucing panjat, tidur atas badan kereta

    Kalau awda perasan, kereta sebenarnya bukan setakat menarik minat pengguna, malah haiwan seperti kucing, burung dan binatang liar seperti ular juga tertarik dengan kereta.

    Tetapi yang paling menyakitkan hati sebenarnya adalah kucing kerana badan kereta sampai boleh calar-balar dibuatnya, akibat oleh cakaran kuku untuk memanjat atau menurun dari kereta.

    Manusia semestinya faham bahawa tidur di atas permukaan yang sedikit sejuk atau panas bergantung pada cuaca sememangnya sesuatu yang mengasyikkan tetapi kalau dah sampai menjejaskan badan kereta, pasti sesuatu harus dibuat.

    Jadi, cuba ikuti enam petua mudah dari laman way.com seperti yang diperincikan di bawah.

    1. SEMBUR PEWANGI

    Kucing tidak suka bau wangi dan antara yang paling dibencinya adalah jenis rosemary dan lavender kerana ia membuatkan mereka rasa tidak selesa.

    Gambar Freepik
    Gambar Envato
    Gambar Freepik
    Gambar Freepik
    Gambar Freepik

    Jadi, cuba sembur cecair wangian itu di sekeliling kereta.

    2. GUNA BAU DARI SERBUK BAHAN MENTAH KERING DI DAPUR

    Kucing juga tidak suka serbuk lada, cili, kulit limau atau kapur barus. Untuk bahan yang disebutkan, awda boleh bungkuskan ke dalam beg plastik dan tebuk beberapa lubang supaya aromanya boleh dihidu oleh si kucing.

    Kemudian, letak di sekeliling kereta dekat kawasan tempat parkir rumah awda atau di tempat kucing selalu duduk seperti di hud, bumbung dan sebagainya.

    Apa pun, untuk kulit limau, awda tidak digalakkan meletakkan ia berdekatan dengan badan kereta kerana kandungan asid yang ada boleh melunturkan warna.

    3. GUNA PEMBUNYI ULTRASONIK

    Alat bunyi jenis ultrasonik iaitu yang berfrekuensi 20,000 Hz ke atas sebenarnya boleh didengari hanya oleh telinga haiwan seperti kucing, anjing dan tikus.

    Bunyi itu pula akan dirembeskan secara rambang sampai membuatkan kucing rasa jengkel dan tidak boleh duduk diam. Alat itu kebiasaannya boleh didapati di kedai perkakas.

    4. PAKAI LAMPU SULUH

    Suluhan lampu yang spontan juga boleh mengganggu kucing daripada bertapak di tempat yang sama.

    Sekiranya awda ke kedai perkakas, terdapat juga jenis lampu yang ada ciri pengesan di mana ia akan dinyalakan jika terdapat sebarang pergerakan.

    5. LETAK KERETA DI DALAM GARAJ TERTUTUP

    Perkara ini juga boleh melindung sebarang haiwan luar daripada masuk ke bahagian garaj, sekali gus menghalang peluang kucing daripada panjat ke atas kereta awda.

    6. PAKAI SARUNG PENUTUP KERETA

    Tip yang ini agak mudah difahami iaitu meletakkan kain kanvas atau selimut kereta bagi mengelakkan dari terkena sebarang impak halus daripada kucing, terkena sebarang hujan asid atau ultra violet dari matahari. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda