Thursday, September 19, 2024
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cardi B umum hamil anak ketiga

    Sehari selepas memfailkan cerai terhadap suaminya, penyanyi rap Cardi B berkongsi khabar gembira dia kini sedang hamil anak ketiga.

    Cardi atau Belcalis Marlenis Cephus, 32, mendedahkan berita kehamilannya menerusi hantaran di Instagram dengan memaparkan fotonya dalam persalinan merah menampakkan perutnya yang semakin membesar.

    Memetik laporan mStar, penyanyi rap itu memberitahu kehamilannya adalah penguat semangatnya ketika berdepan pelbagai dugaan berkaitan rumah tangganya.

    “Dalam setiap pengakhiran pasti ada permulaan baharu. Awak adalah bukti kasih sayang, kehidupan dan lebih penting memberi semangat baharu.

    “Tak sabar untuk awak menjadi saksi bagaimana awak membantu saya mencapai semua ini. Semuanya jadi lebih mudah.

    Cardi B sekali lagi memfailkan cerai terhadap suaminya iaitu Offset. – hollywoodreporter.com

    “Awak, abang dan kakak mendorong saya untuk melalui semua ini,” katanya pada kapsyen foto berkenaan.

    Pada Rabu lalu, Cardi memfailkan penceraian terhadap penyanyi rap Offset selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

    Peguam penyanyi rap berkenaan memaklumkan keputusan tersebut dibuat susulan masalah rumah tangga mereka yang berlarutan.

    Pada September 2020, Cardi pernah memfailkan cerai terhadap Offset selepas anggota kumpulan Migos itu didakwa beberapa kali curang terhadapnya.

    Bagaimanapun Cardi membatalkan permohonan cerai terhadap Offset selepas memaafkan perbuatannya.

    Pada Disember tahun lalu, Cardi mengumumkan dia sudah berpisah dengan Offset walaupun masih dilihat bersama dan mengekalkan hubungan baik.

    Hasil perkahwinan itu, pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Kulture Kiara, 6 dan Wave Set, 3 tahun. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda