Friday, September 20, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cavendish pelumba paling hebat

    PERANCIS, 4 JULAI – Tidak dinafikan Mark Cavendish adalah pelumba basikal pecut terhebat Tour de France, setelah mencatatkan rekod kemenangan dalam perlumbaan peringkat ke-35 kelmarin.

    Cavendish berjaya mengatasi kecederaan dan penyakit selama bertahun-tahun tetapi kini kembali pada usia 39 tahun dalam Tour de France yang ke-15.

    Dia berjaya melepasi garisan penamat meninggalkan pesaingnya jauh di depan di lembah Rhone pada peringkat kelima kelmarin, penuh dengan rasa puas hati dan teruja.

    “Saya sukakannya, saya suka bersaing dalam Tour de France,” katanya selepas perlumbaan itu.

    “Ia adalah tugas saya dan saya akan terus mencuba untuk memenangi lebih banyak lagi,” tambahnya.

    Pengarah Perlumbaan, Christian Prudhomme, berkata kepada AFP bahawa ‘tiada apa-apa yang perlu dibuktikan tentang pelumba pecut Britain itu,’ yang mencatat prestasi cemerlang sebelumnya dalam Tour de France 2021 semasa bersama mentornya ketika itu, Patrick Lefevere, dan pernah memenangi perlumbaan empat peringkat.

    Prudhomme turut berpendapat Cavendish adalah pelumba basikal pecut terhebat dalam jelajah itu. – AFP

    Cavendish melepasi garisan penamat untuk mencatatkan rekod kemenangan peringkat Tour de France ke-35 memecahkan rekod legenda Belgium, Eddy Merckx, pada peringkat kelima perlumbaan berbasikal Tour de France sejauh 177.4 kilometer dengan bermula di Saint-Jean-de -Maurienne dan tamat di Saint-Vulbas, Perancis pada 3 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda