Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cef curi ayam, didenda $1,000

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Seorang chef de partie diperintahkan membayar denda $1,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, setelah mengaku bersalah mencuri dari dapur The Empire Brunei.

    Mohammad Amirul Azizi bin Abdullah Tinggi, 34, perlu menjalani hukuman penjara selama seminggu jika gagal membayar denda tersebut.

    Timbalan Pendakwa Raya ‘Adzimah Salleh mendedahkan kepada mahkamah bahawa tertuduh  merupakan pembantu sous chef dan bekerja di bahagian butcher dari pukul 8 pagi hingga 5 petang pada 28 September.

    Pada jam 4:30 petang, tertuduh membuka chiller di mana dia melihat empat bungkus kepak ayam yang masing-masing seberat 2 kilogram dan menyembunyikannya dalam beg sikutnya.

    Dia kemudian mengunci chiller tersebut dan bersiap-siap untuk balik dan meninggalkan tempat kerjanya.

    Ketika dia berjalan menuju ke keretanya di tempat letak kereta, seorang pegawai sumber manusia memerhatikan kakitangan yang sedang meninggalkan tempat kerja pada waktu itu dan melihat tertuduh membawa barangan besar dalam beg sikutnya. Pegawai tersebut meminta agar tertuduh membuka beg sikutnya.

    Kemudian laporan polis dibuat, yang mendorong kepada penyiasatan lanjut di mana tertuduh mengaku mencuri ayam bernilai kurang $80 untuk kegunaannya sendiri.

    Ketua Majistret Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar mengendalikan kes tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda