Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Celtic terima baik berita Lewandowski

    BERLIN, 31 Okt – Celtic diberikan rangsangan menjelang persaingan Liga Juara-Juara awal pagi Rabu di gelanggang sendiri menentang Bayern Munich ketika bintang penyerang Jerman, Robert Lewandowski direhatkan kerana kecederaan.

    Pemain penyerang berusia 29 tahun itu mengalami kecederaan di paha kirinya pada separuh masa pertama kemenangan 2-0 Bayern ke atas RB Leipzig pada Sabtu lalu dan kekal di Munich apabila skuad itu berlepas ke Scotland semalam.

    Lewandowski adalah penjaring terbanyak Bayern musim ini dengan 13 gol.

    Bayern yang menghuni tangga kedua memerlukan kemenangan di Glasgow untuk mengekalkan tekanan ke atas pendahulu Kumpulan B, Paris Saint-Germain, yang mencatatkan kelebihan tiga mata di tangga teratas, sementara Celtic menghuni tangga ketiga.

    Ketua jurulatih, Jupp Heynckes berharap Lewandowski dapat beraksi di Parkhead tetapi membuat keputusan untuk merehatkan pemain antarabangsa Poland itu menjelang pertemuan Sabtu depan di Borussia Dortmund.

    Jupp Heynckes (kiri) bercakap sesuatu kepada Robert Lewandowski dalam aksi Bundesliga antara Bayern Munich dan Leipzig. Celtic mendapat rangsangan selepas mengetahui Lewandowski direhatkan kerana cedera bagi aksi Liga Juara-Juara. – AP

    “Jika kami beraksi menentang Real Madrid, dia mungkin beraksi, tetapi perlawanan pada Sabtu ini berada di minda kami, yang mana adalah penting bagi kami,” katanya.

    Heynckes perlu untuk merombak bahagian serangannya menentang juara Scotland itu, yang menyamakan rekod British mereka berusia 100 tahun pada hujung minggu dengan melanjutkan persaingan domestik tanpa kalah mereka kepada 62 perlawanan.

    Pemain penyerang, Thomas Muller dan Franck Ribery tidak beraksi untuk Bayern kerana masing-masing mengalami kecederaan hamstring dan lutut.

    Pemain penyerang Kwasi Okyere Wriedt tidak didaftarkan bagi persaingan Liga Juara-Juara, yang bermakna pemain penyerang Bawah-19 tahun, Manuel Wintzheimer dimasukkan dalam skuad itu bagi aksi Glagow. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda