LOS ANGELES, 21 JAN – Juara NBA, Boston Celtics, menewaskan Golden State Warriors 125-85, kelmarin, manakala pendahulu liga semasa, Cleveland Cavaliers, pula menumpaskan Phoenix Suns.
Jayson Tatum menjaringkan 22 mata dengan sembilan rebound dan tujuh assist untuk Celtics sebelum diketepikan sepanjang suku keempat, yang menyebabkan Warriors mengalami kekalahan teruk di tempat sendiri sejak tewas 149-104 kepada Dallas pada 1985.
Kristaps Porzingis menambah 18 mata dan Jaylen Brown menjaringkan 17 mata untuk Celtics, yang memanfaatkan sepenuhnya ketiadaan Draymond Green, pemain terbaharu Warriors yang mengalami kecederaan betis kiri Sabtu lalu.
“Ia adalah beberapa permainan rumit dalam NBA, apabila (pasukan) mempunyai beberapa pemain bintang, manakala pemain lain pula akan mendapat peranan berbeza,” kata Tatum.
“Kami menjadi mangsa itu beberapa kali tahun ini, jadi (kami) hanya cuba menumpukan sepenuh perhatian dari awal.”
Meningkat 15 mata pada separuh masa, Celtics memperolehi 43 mata pada suku ketiga.
Stephen Curry menjaringkan 18 mata untuk mendahului Warriors dan Moses Moody menambah 13 daripada bangku simpanan – satu-satunya pemain Warriors yang menjaringkan dua angka.
“Kami perlu mengenepikannya,” kata ketua jurulatih Warriors, Steve Kerr, sambil menggelar kekalahan itu sebagai ‘melemahkan semangat.’
Sementara itu, Donovan Mitchell, menjaringkan 33 mata untuk mendorong Cavaliers dalam kemenangan 118-92 ke atas Phoenix Suns. – AFP