Wednesday, June 26, 2024
33.9 C
Brunei

    -

    Celtics kekal tenang

    LOS ANGELES, 16 JUN – Bersedia untuk dinobatkan sebagai juara NBA di Dallas, Boston Celtics sebaliknya mengalami kekalahan pusingan akhir yang paling teruk dalam sejarah kejuaraan mereka, tetapi dengan pendahuluan 3-1 dalam siri ini, Jaylen Brown berkata tiada keperluan untuk berasa panik.

    “Ini adalah detik-detik yang boleh menentukan kejayaan atau menghancurkan awda,” kata Brown selepas Mavericks membelasah Celtics 122-84 dalam permainan keempat siri kejuaraan tujuh perlawanan.

    “Kita perlu mengumpulkan semula kekuatan,” kata Brown. “Kita perlu mengkajinya dan belajar daripadanya, dan kemudian kita perlu merangkulnya dan menghadapinya.

    “Memang sukar untuk mencapai apa yang kita cuba lakukan.

    “Kita tidak mengharapkan sesuatu yang mudah, tetapi ia bukan alasan untuk kehilangan kawalan.”

    Penyerang Boston, Jayson Tatum berkata, kunci untuk melupakan kekalahan besar itu adalah ‘jangan terlalu fokus kepada perkara itu’.

    “Kita tidak mencari sebarang alasan,” kata Tatum. “Kita perlu menjadi lebih baik, dan kita akan melakukannya.” – AFP

    Aksi pemain Dallas Mavericks, Luka Doncic bersaing dengan pemain Boston Celtics, Xavier Tillman dalam permainan keempat, perlawanan akhir NBA pada 14 Jun di Dallas. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kelahiran Korea Selatan kembali pulih pada bulan April

    SEOUL, 26 JUN - Kelahiran di Korea Selatan kembali pulih dalam tempoh 19 bulan di tengah-tengah kebimbangan yang berlarutan mengenai penurunan berterusan dalam jumlah...