Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    CF26 berakhir meriah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JAN – Pelajar Universiti Teknologi Brunei, Dayang Nur Atikah Nazirah binti Mohammad Faizal, 22, memenangi hadiah utama berupa sebuah kereta Toyota Wigo sumbangan NBT Brunei sempena Pesta Pengguna ke-26 (CF26) yang berakhir di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, malam ini.

    Hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Urusan NBT (Brunei) Sdn Bhd, Haji Ahmad Omar bin Haji Husin.

    Sepanjang pameran lima hari itu, orang ramai berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan setiap pembelian barangan di CF26.

    Menurut Dayang Nur Atikah ketika ditemu bual, beliau tidak menyangka memenangi hadiah sebuah kereta. Beliau mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada NBT Brunei atas hadiah yang dimenangi.

    Beliau yang juga seorang pengusaha makanan akan menggunakan kereta yang dimenangi untuk menghantar tempahan makanan pelanggan dan juga menghantar anak ke sekolah.

    Hadiah kedua pula dimenangi oleh Dayang Siti Nurul Safiah Maun yang membawa pulang sebuah kerusi urut dari Gintel dan Haji Bahar bin Haji Jafar memenangi hadiah ketiga berupa C-Model Air Purifier.

    Hadiah-hadiah lain turut ditaja oleh Wonderlab berupa hamper penjagaan kesihatan kulit, D’Sunlit Sdn Bhd menaja Apple 10th Gen, TV, Treadmil, Foot Massager dan banyak lagi.

    Penganjur acara, D’Sunlit berkata CF26 itu telah menjadi hab rangkaian yang luas untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan dari dalam negara dan luar negara.

    Sehubungan itu, pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan atas sokongan berterusan yang diberikan sepanjang tahun dan juga rakan kongsi dan peserta dalam sama-sama menjayakan CF26 bagi tahun 2023.

    Dayang Nur Atikah Nazirah bergambar bersama hadiah kereta Wigo pada majlis penutup CF26 di ICC, Berakas, kelmarin.

    Antara pengunjung yang hadir semasa cabutan bertuah hari terakhir CF26 di ICC, Berakas, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...