Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cheezy, Mum’s Bakery jaguh bola keranjang

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jun – Pasukan Cheezy dan Mum’s Bakery tampil juara di dalam Kejohanan Bola Keranjang 3×3 tajaan Netcom di gelanggang bola keranjang Fitness Zone, Kiulap.

    Pasukan Cheezy menang 16-15 bagi kategori lelaki apabila menumpaskan Pasukan dari Miri iaitu Pasukan Hornbill Sport manakala pasukan Mum’s Bakery pula unggul bagi kategori wanita apabila menumpaskan pasukan wanita Hornbill Sport Miri dengan mata 10-8.

    Sementara itu, tampil di tempat ketiga bagi kategori lelaki ialah Pasukan Big 4 manakala bagi kategori wanita pula disandang oleh Pasukan Ice Kacang. Menurut penganjur antara objektif kejohanan adalah untuk menyediakan platform pendedahan kepada belia yang meminati sukan bola keranjang. Ia juga dihasratkan akan dapat menjana semangat penjagaan kesihatan terutama di kalangan belia dan remaja selain mencari 18 pemain yang bakal membawa nama Negara Brunei Darussalam di kejohanan di Johor Bahru pada bulan julai 2018 nanti.

    Barisan pemenang bagi kategori lelaki dan wanita dalam Kejohanan Bola Keranjang 3×3 tajaan Netcom di gelanggang bola keranjang Fitness Zone semalam. – Gambar oleh Ak Muhd Azri dan Ak Bahri Izzudin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda