Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Chicharito sedia menyinar

    MOSCOW, 27 Jun – Selepas wisel penamat ditiup semasa kemenangan bersejarah Mexico ke atas Jerman di Stadium Luzhniki, pemain penyerang Javier Hernandez atau Chicharito, disambut dengan 30,000 peminat lalu terduduk dan menangis.

    Ia merupakan kemenangan pertama El Tri ke atas juara empat kali dalam kejohanan besar dan Hernandez, beraksi dalam salah satu perlawanan terbaiknya bersama Mexico, membenarkan untuk menunjukkan impiannya.

    “Kenapa kita tidak lakukan seperti Greece di Euro atau Leicester di Liga Perdana Inggeris? Fikir jauh!” katanya menjelang perlawanan penentuan Kumpulan F menentang Sweden. “Apa paling menarik mengenai impian adalah berkongsi dengan mereka, berkongsi dengan orang seperti anda,” katanya kelmarin.

    “Kami mahu mencapai sesuatu yang mustahil.”

    Mexico kini berada di kedudukan teratas kumpulan dengan enam mata tetapi perlu mendapatkan keputusan yang baik di Yekaterinburg hari ini bagi memastikan mereka layak ke peringkat 16.

    Javier Hernandez semasa menghadiri sidang akhbar di Arena Ekaterinburg kelmarin menjelang perlawanan menentang Sweden. – AFP

    Apabila bercakap mengenai Hernandez, ada yang merasakan bahawa dia sudah bersedia untuk mengambil tempat seperti pemain hebat yang lain.

    Hernandez memberi hantaran kepada Hirving Lozano ketika menentang Jerman dan turut menjaringkan gol semasa kemenangan 2-1 ke atas Korea Selatan bagi memastikan Mexico hampir ke peringkat kalah mati.

    Melihat aksi Mexico dalam kejohanan ini, permainan laju dan menyerang, ia mudah untuk melupakan mengenai skandal yang membayangi Mexico.

    Pada 5 Jun lalu, beberapa hari sebelum kejohanan berlangsung, majalah gosip TVNotas melaporkan bahawa sembilan pemain berpesta selepas perlawanan hujung minggu pada ketika itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda