Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Chile perkenalkan rang undang-undang digital

    SANTIAGO, 27 Jun – Presiden Chile, Sebastian Pinera memperkenalkan rang undang-undang transformasi digital, yang bertujuan untuk memulakan pemodenan negara, dengan beralih daripada penggunaan kertas kepada sistem digital.

    Pinera turut menandatangani rang undang-undang baharu itu secara digital.

    Selain itu, katanya matlamat pemodenan tersebut akan “membantu rakyat mencapai impian, menyelesaikan masalah dan mengembangkan bakat untuk memanfaatkan peluang.”

    Ia juga bertujuan menggalakkan penggunaan sistem elektronik secara mandatori untuk prosedur pentadbiran dan memberikan kesahihan undang-undang dokumen asal kepada digital. “Saya yakin ia adalah langkah yang diambil ke arah menjadi sebuah masyarakat bercita-cita untuk meninggalkan negara yang dibelenggu kemunduran, kemiskinan dan birokrasi selama 200 tahun lamanya,” kata presiden.

    Pinera turut mengumumkan penubuhan Majlis Penasihat Tetap bagi Pemodenan Negara, yang terdiri daripada 12 wakil dari pelbagai sektor awam dan swasta. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda