Wednesday, June 26, 2024
33.9 C
Brunei

    -

    China ganti panda gergasi popular Australia

    SYDNEY, 16 JUN – China akan meminjamkan panda gergasi ‘comel’ baharu kepada Australia untuk menggantikan pasangan panda popular yang gagal menghasilkan zuriat selepas lebih sedekad bersama, kata Perdana Menteri, Li Qiang yang mengadakan lawatan ke negara itu hari ini.

    Anggota delegasi China mengambil gambar panda Wang Wang semasa lawatan Perdana Menteri China, Li Qiang ke Zoo Adelaide di Adelaide pada 16 Jun. – AFP

    Zoo Adelaide telah menjadi ‘rumah’ kepada Wang Wang dan Fu Ni sejak 2009 apabila mereka dipinjamkan oleh China sebagai sebahagian daripada skim pemeliharaan global yang juga berfungsi sebagai alat ‘diplomasi panda’.

    Pembiakan anak panda adalah tugas yang sangat sukar bagi haiwan yang mempunyai kadar kesuburan rendah dan harapan untuk bunting di Adelaide, termasuk melalui kaedah permanian beradas, telah berulang kali me-nemui kegagalan.

    Ketika salah seekor panda gergasi itu bermain dengan sebatang pokok di latar belakang, Li mengumumkan bahawa haiwan itu akan pulang.

    “Wang Wang dan Fu Ni telah berada jauh dari rumah selama 15 tahun, saya rasa haiwan itu pasti sangat merindukan rumahnya, jadi haiwan itu akan kembali ke China sebelum akhir tahun ini,” kata perdana menteri itu.

    “Tetapi apa yang saya boleh beritahu awda ialah kami akan menyediakan sepasang panda baharu yang sama cantik dan comel dengan secepat mungkin.”

    China akan memberikan Australia calon untuk dipilih, kata Li, yang mendarat di Adelaide pada Sabtu dalam lawatan empat hari selepas Beijing menarik balik beberapa sekatan perdagangan ke atas eksport utama Australia.

    Pengumuman itu merupakan penghargaan terhadap usaha Menteri Luar, Penny Wong untuk menstabilkan hubungan Australia dengan China, berikutan keretakan diplomatik dengan bekas kerajaan konservatif itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kelahiran Korea Selatan kembali pulih pada bulan April

    SEOUL, 26 JUN - Kelahiran di Korea Selatan kembali pulih dalam tempoh 19 bulan di tengah-tengah kebimbangan yang berlarutan mengenai penurunan berterusan dalam jumlah...