BEIJING, 22 APRIL – Mesyuarat pertama Mekanisme Dialog Menteri Luar dan Menteri Pertahanan China-Indonesia (2+2), kelmarin.
Menteri Luar China, Wang Yi; Menteri Pertahanan China, Dong Jun; bersama-sama Menteri Luar Indonesia, Sugiono dan Menteri Pertahanan Indonesia, Sjafrie Sjamsoeddin mempengerusikan mesyuarat tersebut.
Wang Yi menyatakan bahawa di bawah bimbingan Presiden Xi Jinping dan Presiden Prabowo, China dan Indonesia menubuhkan dan melancarkan mekanisme dialog Menteri Luar dan Menteri Pertahanan, mekanisme ’2+2’ peringkat menteri pertama yang ditubuhkan China dengan negara luar.
Ia sekali gus memaparkan rasa saling percaya strategik bertaraf tinggi antara kedua-dua negara ini dalam bidang politik, dan memperkaya konotasi komuniti berkongsi nasib China-Indonesia yang mempunyai pengaruh di rantau ini, malah dunia, tambah Wang yi.
Dong Jun berkata China bersedia bersama-sama Indonesia untuk melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, membina corak kerjasama pertahanan dan keselamatan yang mempunyai kesalingpercayaan strategik lebih kukuh, kerangka institusi lebih lengkap, koordinasi lebih tegap dan kemampuan lebih kuat untuk menghadapi cabaran. – Bernama
