Thursday, December 12, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    China komited derma dana kepada CERF

    BEIJING, 11 DIS – China menyokong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memainkan peranan penyelaras dalam bantuan kemanusiaan antarabangsa dan menyokong kerja Tabung Respons Kecemasan Pusat (CERF).

    China mendermakan dana kepada tabung berkenaan secara sukarela setiap tahun sejak 2007. Dana derma bagi 2024 telah selesai diberikan dan China akan meneruskan sumbangan itu pada 2025.

    Perkara itu dinyatakan Timbalan Wakil Tetap China ke PBB, Geng Shuang ketika berucap pada Sesi Pendermaan CERF peringkat tinggi 2025 kelmarin.

    Beliau berkata situasi kemanusiaan semakin memburuk dan keperluan bantuan kemanusiaan terus meningkat di peringkat global berikutan konflik geopolitik dan bencana alam yang sering berlaku.

    Geng berkata sehubungan itu CERF memainkan peranan semakin penting dalam kerja memberikan bantuan, menyelamatkan nyawa dan mengurangkan penderitaan di dunia.

    Menurut beliau, China telah menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada negara-negara berkaitan melalui saluran dua hala dalam pelbagai bentuk sejak beberapa dekad lepas. – Bernama

    Gambar Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda