Friday, January 24, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    China lancar kumpulan satelit baharu ke angkasa

    TAIYUAN, 23 JAN – China hari ini melancarkan kumpulan baharu satelit ke angkasa dari Pusat Pelancaran Satelit Taiyuan, Shanxi, di utara negara itu.

    Kumpulan satelit tersebut, yang terdiri daripada 18 satelit dan merupakan kumpulan keenam bagi pembentukan Konstelasi Spacesail, dilancarkan pada jam 1:15 petang waktu tempatan menggunakan roket pembawa Long March-6 yang telah diubah suai. Satelit-satelit itu berjaya memasuki orbit yang ditetapkan.

    Pelancarantersebut menandakan misi penerbangan ke-557 bagi siri roket pembawa Long March.

    Dibangunkan oleh Akademi Teknologi Penerbangan Angkasa Shanghai, roket berkenaan menggunakan bahan bakar oksigen cecair dan kerosin yang mesra alam, tidak toksik, dan bebas pencemaran. Roket ini mempunyai kapasiti muatan sehingga 6.5 tan untuk orbit matahari segerak pada ketinggian 500 kilometer.

    Menurut pengeluar roket tersebut, model roket Long March-6 dijadualkan menjalani jadual pelancaran angkasa yang padat pada tahun 2025, dengan lebih daripada 10 misi dirancang.

    Spacesail merupakan konstelasi mega satelit orbit rendah komersial China. Pembinaan rangkaian komersial itu dimulakan pada 6 Ogos 2024.  –  Xinhua

    Kumpulan satelit dilancarkan menggunakan roket pengangkut Long March-6 yang diubah suai dari Pusat Pelancaran Satelit Taiyuan di Shanxi, utara China, hari ini. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda