Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    China pastikan kemudahan OKU dalam keadaan sempurna

    BEIJING, 15 DIS – Menjelang temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, China menjalankan pemeriksaan fasa akhir bagi memastikan semua kemudahan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) di tempat acara berada dalam keadaan sempurna.

    Tempat berkenaan terletak di Beijing, Yanqing dan Zhangjiakou.

    Usaha itu bertujuan untuk mengoptimumkan persekitaran bebas halangan, selain memenuhi keperluan operasi bebas halangan yang berkualiti tinggi.

    Pemeriksaan rapi telah dijalankan oleh Jabatan Paralimpik Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing untuk kemudahan atlet OKU termasuk di penginapan atlet, restoran, gim dan pusat perubatan.

    Selain itu, petugas jawatankuasa penganjur akan mengoptimumkan dan memperkasa lagi kerja-kerja penambahbaikan kemudahan berkenaan, pelan operasi serta piawaian perkhidmatan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda