Wednesday, December 25, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    China percepat persetujuan loji batu arang baharu

    BEIJING, 20 JULAI – China telah mempercepatkan persetujuan bagi loji tenaga batu arang baharu tahun ini, kata Greenpeace hari ini, dengan pihak berkuasa cuba untuk mengurangkan risiko kekurangan elektrik.

    China merupakan pengeluar gas rumah hijau terbesar di dunia yang mendorong pemanasan global dan Presiden Xi Jinping tahun lalu telah berikrar untuk mengurangkan penggunaan batu arang secara berfasa bermula 2026 sebagai sebahagian komitmen iklim negaranya.

    Namun para pengempen bimbang sasaran itu terancam ketika kerajaan itu memfokuskan cabaran ekonomi, sungguhpun impak perubahan iklim dapat dirasakan di seluruh dunia.

    Dalam suku pertama 2022, pengawal selia China telah memberi lampu hijau untuk loji batu arang dengan kapasiti penuh 8.63 gigawat, menurut penyelidikan daripada Greenpeace.

    Ia hampir separuh daripada kapasiti tenaga batu arang yang diluluskan tahun lalu, kata pengempen alam sekitar.

    “Membina lebih banyak kapasiti tenaga berkuasa batu arang tidak akan menjamin keselamatan tenaga buat China,” kata Wu Jinghan, seorang pengempen iklim dan tenaga berkaitan Greenpeace di Beijing.

    “China mempunyai kapasiti berlebihan loji tenaga berkuasa batu arang. Tenaga tidak mencukupi berpunca daripada integrasi generator, grid, beban dan penyimpanan yang lemah.” – AFP

    Gambar yang diambil pada 2 Julai menunjukkan batu arang dimuatkan dalam kereta api di loji batu arang di Huaibei, wilayah Anhui timur China. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda