BEIJING, 23 MAC – Beijing hari ini menyifatkan Rusia sebagai ‘anggota penting’ G20 selepas Washington mengemukakan prospek untuk mengecualikan Moscow daripada kumpulan itu.
China telah memberikan perlindungan diplomatik kepada Rusia, yang semakin tersisih di-sebabkan serangannya ke atas Ukraine, dengan ekonominya dikenakan sekatan.
“G20 adalah forum utama untuk kerjasama ekonomi antarabangsa,” beritahu jurucakap kementerian luar China Wang Wenbin kepada wartawan. “Rusia ialah anggota penting, dan tidak ada anggota yang mempunyai hak untuk menyingkirkan negara lain.” – AFP