Sunday, October 13, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    CMG anjur festival video bahasa Cina ketiga di UNOG

    GENEVA, 21 APRIL – Festival Video Bahasa Cina edisi ketiga Kumpulan Media China (CMG) diadakan di Palais des Nations kelmarin serentak dengan Hari Bahasa Cina Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 2023.

    Di Pejabat PBB di Geneva (UNOG), program khas terbitan CMG untuk Hari Bahasa Cina PBB turut dilancarkan menerusi platform media digital UNOG dengan jadual tayangan selama dua minggu.

    Tahun ini juga menandakan genap sedekad Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) diperkenalkan Presiden China, Xi Jinping.

    Acara yang mentafsirkan konotasi BRI menerusi rakaman video itu menerima sebanyak 939 buah karya video dihasilkan peminat bahasa Cina dari 37 negara dan wilayah, termasuk Britain, Perancis, Jerman, Itali, Poland, Serbia dan Rusia.

    Ketua Pengarah UNOG, Tatiana Valovaya dalam ucapannya menerusi program khas itu, berkata bahawa bahasa Cina menjadi simbol budaya China yang gemilang dan mencerminkan semangat kental rakyat China. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda