Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Coric musnah harapan Federer

    HALLE WESTFALLEN, Jerman, 25 Jun – Pemain Croatia, Borna Coric meleburkan hasrat Roger Federer merangkul kejuaraan ke-99 selepas menang 7-6 (8/6), 3-6, 6-2 di final Terbuka Halle, hari ini.

    Kekalahan itu juga menyaksikan Federer kehilangan takhta ranking ATP kepada Rafael Nadal dan terlepas peluang mencatat rekod 10 kejuaraan di venue Jerman itu.

    Pemain Croatia yang menduduki ranking ke-34 dunia itu turut menamatkan 20 kemenangan berturut-turut Federer di atas gelanggang rumput sejak Jun 2017.

    Kekalahan dalam masa dua jam itu hadir seminggu selepas Federer menang kejuaraan ke-98nya di Stuttgart.

    Coric meraikan kejayaannya bersama trofi kemenanganya selepas menewaskan Roger Federer dari Switzerland dalam perlawanan akhir mereka di kejohanan tenis ATP di Halle, Jerman, kelmarin. – AFP

    Coric yang menewaskan pilihan kedua dari Jerman, Alexander Zverev di pusingan pertama berjaya mengatasi perasaan gemuruh ketika menentang Federer yang mendapat sokongan padu penyokongnya.

    Venue itu juga digemari Federer selepas kelab All England.

    Pemain berusia 21 tahun itu dua kali tewas di tangan Federer sebelum ini tetapi mempamerkan tentangan sengit pada pertemuan terakhir di Indian Wells, Mac lalu.

    Dia adalah pemain Croatia pertama mara ke final di Halle dan kini memiliki dua kejuaraan selepas muncul juara di Marrakech pada 2017. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda