BRUSSELS, 31 MAC – Seorang budak perempuan berusia 12 tahun yang dijangkiti COVID-19 telah meninggal dunia di Belgium, menurut pegawai kesihatan hari ini. Kematian pada usia yang muda adalah ‘perkara yang jarang berlaku,’ menurut jurucakap kerajaan Dr Emmanuel Andre, dan menambah kematian tersebut ‘mengejutkan mereka’. Budak perempuan tersebut mengalami demam selama tiga hari sebelum kematian,