Thursday, January 16, 2025
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    COVID -19: Perintah berkurung dunia diperketatkan

    PARIS, 31 MAC – Perintah berkurung yang bertujuan untuk menghentikan penyebaran pandemik koronavirus telah diperketatkan di seluruh dunia selepas kematian global meningkat dan penularan di AS semakin meningkat.

    Meskipun terdapat harapan di Itali, langkah yang ketat telah mengurung dua per tiga populasi dunia di rumah-rumah mereka akan dilanjutkan.

    Moscow dan Lagos menjadi bandar terbaharu di dunia untuk mengosongkan jalan-jalan raya, sementara di Virginia dan Maryland menjadi bandar AS terbaharu mengumumkan arahan berada di rumah, kemudian diikuti oleh Washington DC, menyebabkan satu per tiga penduduk AS berada di bawah perintah berkurung.

    Skala dan kelajuan pandemik di AS terus meningkat, dengan kematian melebihi 3,000 dari 163,000 kes jangkitan – kes tertinggi di seluruh dunia.

    Presiden Donald Trump memberi jaminan kepada rakyat AS bahawa pihak berkuasa mempercepatkan pengagihan peralatan yang diperlukan segera seperti ventilator dan alat perlindungan peribadi.

    Seorang pesakit dibawa turun dari sebuah ambulans di London. Perintah berkurung bertujuan untuk menghentikan penyebaran pandemik koronavirus telah diperketatkan di seluruh dunia selepas kematian global meningkat sekitar 37,000 orang dan penularan di AS semakin meningkat. – AP

    Angka COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi satu perempat dari satu juta, dengan kematian sekitar 37,000 orang.

    Jumlah angka sistem kesihatan adalah mengejutkan, dengan profesional perubatan di bawah tekanan besar.

    Pemimpin-pemimpin dunia – sebilangan mereka telah mengetatkan lagi pengasingan diri – masih bergelut dengan krisis untuk mencari penyelesaian bagaimana untuk menjana ekonomi dan gegaran yang tidak pernah berlaku sejak Perang Dunia Kedua.

    Perintah berkurung telah menyebabkan berjuta-juta orang berhenti kerja dan memaksa kerajaan untuk meluluskan pelan rangsangan.

    Para pakar di Jerman, kuasa besar ekonomi Eropah, berkata virus tersebut mengecup pengeluaran tahun ini sebanyak 5.4 peratus.

    Selepas berminggu-minggu menjalani perintah berkurung di Itali, ia menunjukkan langkah drastik mungkin memperlahankan penularan wabak.

    Sepanyol mengumumkan 812 lagi kematian dalam tempoh 24 jam, melebihi China, di mana wabak tersebut mula timbul pada bulan Disember.

    Kerajaan Putin sedang mengawal penularan wabak, dengan menyeru orang ramai di Moscow untuk menghormati perintah berkurung dan menutup kesemua kedai-kedai yang kurang penting.

    Bandar terbesar di Afrika, Lagos, mengikut jejak negara-negara lain untuk tinggal di rumah sejak kelmarin, dengan presiden Nigeria, Muhammadu Buhari mengarahkan perintah berkurung selama dua minggu untuk 20 juta penduduknya. Langkah tersebut turut berkuat kuasa di Abuja. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda