Saturday, January 18, 2025
30.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    COVID-19: Thailand sahkan 104 kes baharu dan tiga kematian

    BANGKOK, 2 APRIL – Thailand merekodkan 104 kes baharu COVID-19 dan tiga kematian termasuk seorang warga Thai yang pulang dari Pakistan dan meninggal dunia dalam perjalanan menaiki kereta api

    penumpang dari Bangkok ke wilayah selatan Narathiwat, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 1,875 kes dan 15 kematian.

    Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata lelaki berusia 57 tahun itu baru balik dari Pakistan pada 29 Mac lepas dan menaiki kereta api ke Sungai Kolok pada 30 Mac.

    Ujian yang dilakukan mengesahkan lelaki terbabit yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan darah tinggi, positif COVID-19, katanya.

    Thaweesilp berkata lelaki Thai berusia 77 tahun dari Pattani yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan emfisema, serta pemandu di Lapangan Terbang Suvarnabhumi berumur 55 tahun merupakan dua lagi kematian yang dilaporkan di negara ini.

    “Daripada 1,875 kes COVID-19 di Thailand, terdapat 47 kes yang dikaitkan dengan perhimpunan keagamaan di Malaysia dan empat kematian dilaporkan. Kumpulan itu menyebabkan seramai 1,000 orang di Thailand menjalani kuarantin,” katanya dalam sidang media di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda