Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    COVID: 775 kes baharu dicatat

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – Lapan kes kini berada dalam kategori 4 dan tiga kes berada dalam kategori 5, merangkumi 5 peratus keupayaan rawatan di Pusat Pengasingan Kebangsaan.

    Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, satu kes disahkan COVID telah meninggal dunia di mana kes tersebut adalah tidak dikategorikan sebagai kematian disebabkan COVID.

    Perkara tersebut antara yang disampaikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa sidang media yang berlangsung pada petang tadi.

    “Sebanyak 775 kes baharu telah dilaporkan pada hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak 129,081 kes. 

    “Daripada jumlah kes baharu ini, 627 adalah hasil ujian ART yang telah dimuatnaikkan ke aplikasi BruHealth manakala 148 adalah daripada hasil 1,965 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    “Sementara itu, 1,919 kes telah disahkan sembuh pada hari ini yang membawa jumlah kes yang sembuh di Negara Brunei Darussalam kepada 118,980 kes manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 9,901 kes.

    “Pada masa ini, kadar pengisian katil di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara atau bed occupancy rate ialah sebanyak 4.2 peratus. Dalam pada itu, 155 kes aktif sedang menerima rawatan di pusat-pusat pengasingan dan hospital-hospital, manakala seramai 9,746 kes positif kini sedang menjalani pengasingan diri di rumah,” jelas Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

    Menyentuh mengenai pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan setakat kelmarin, Yang Berhormat Dato mengongsikan bahawa mereka yang menerima tiga dos vaksin ialah 60.3 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda