Sunday, October 6, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cuaca panas di kebanyakan kawasan Jepun

    TOKYO, 7 JULAI – Jepun berdepan gelombang haba luar biasa, dengan suhu hampir mencecah 40 darjah Celsius di kawasan Tokai hingga Kanto, hari ini.

    Agensi Meteorologi Jepun (JMA) mengeluarkan amaran strok haba di 26 wilayah, menggesa penduduk mengambil langkah berjaga-jaga terhadap cuaca panas yang berpotensi membawa maut.

    Suhu pada siang hari dijangka melonjak melebihi 40 darjah Celsius, menyaksikan lebih 200
    lokasi di Jepun merekodkan cuaca panas melampau tahun ini, lapor Xinhua.

    Suhu di Tokyo hari ini diramal mencapai 36 darjah Celsius, di Maebashi dan Chichibu sekitar 39 darjah Celsius manakala beberapa kawasan pedalaman di Kanto dijangka mencecah 40 darjah Celsius, menurut JMA.

    Gelombang haba kali ini menyebabkan peningkatan kes strok haba di banyak kawasan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda