Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cuaca panas risaukan Jepun

    VOLGOGRAD, 28 Jun – Jurulatih Jepun, Akira Nishino menggesa pemain-pemainnya untuk bermain bola sepak bagus menentang Polang di Volgograd malam ini, dan berwaspada dengan pemain kelas dunia Robert Lewandowski jika mereka mahu mara ke pusingan kalah mati.

    Poland sudah disahkan tersingkir dan penyerang Bayern Munich Lewandowski masih belum menemui sasaran di Rusia.

    Tetapi Nishino berkata pasukannya tidak boleh leka jika mereka mahu meraih mata yang diperlukan bagi menjamin kemaraan mereka dari Kumpulan H.

    “Tidak ada perkara seperti perlawanan yang kurang penting,” kata Nishino kepada wartawan di Volgograd Arena lewat semalam.

    “Saya pasti Poland akan bermain untuk maruah. Lewandowski merupakan penyerang kelas dunia dan saya pasti dia terdesak untuk menjaringkan gol. Jadi kami perlu bersedia dari segi mentaliti.”

    Akira Nishino mengakui terkejut mengenai cuaca panas di Volgograd, di mana suhu sepak mula hari ini dijangka menghampiri 40 darjah Celsius. – AFP

    Nishino juga mengakui terkejut mengenai cuaca panas di Volgograd, di mana suhu sepak mula hari ini dijangka menghampiri 40 darjah Celsius.

    “Saya terkejut dengan cuaca panas di sini,” katanya, dengan menambah bahawa pemain-pemiannya perlu bijak mengawal tenaga mereka di bawah cuaca panas itu.

    “Kualiti pergerakan perlu dikordinasi sebaiknya dan kami perlu secara efisien serta berkesan.

    “Bola tidak akan pernah letih. Kami perlu membuat larian apabila ia efektif. Jika kami berterusan melakukannya, di separuh masa kedua pasti meletihkan namun saya fikir pemain Jepun mempunyai stamina yang baik.

    “Para pemain keluar dari bangku simpanan akan lebih penting berbanding perlawanan sebelum ini.”

    Jepun mengungguli kumpulan kerana mempunyai rekod disiplin yang lebih baik berbanding Senegal, selepas menewaskan Colombia 2-1 dan seri 2-2 dengan negara Afrika itu, bermakna mengelakkan kekalahan kepada Poland akan meletakkan mereka di pusingan kalah mati menentang sama ada Belgium atau England dari Kumpulan G. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda