Saturday, September 28, 2024
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cubaan rompak bank berjaya digagalkan

    YANGON, 21 JUN – Anggota keselamatan Myanmar berjaya menggagalkan rompakan bank pada Rabu lalu di Bandar Sagaing wilayah Sagaing, dan membunuh seorang suspek, lapor akhbar harian kerajaan The Mirror, kelmarin.

    Menurut laporan itu, empat lelaki bersenjata menaiki dua buah motosikal tiba di sebuah bank di Bandar Sagaing kira-kira jam 4:30 petang waktu tempatan Rabu lalu dan cuba untuk membuat rompakan.

    Selepas menerima maklumat mengenai rompakan itu, anggota keselamatan tempatan terus menyerbu bank berkenaan dan bertindak untuk menahan suspek.

    Semasa serbuan itu, seorang daripada suspek maut ditembak oleh anggota keselamatan, kata laporan itu.

    Anggota keselamatan turut merampas sepucuk pistol buatan sendiri, sembilan butir peluru berukuran sembilan milimeter, sebutir bom dan dua buah motosikal semasa operasi tersebut, tambah laporan itu.

    Siasatan mendedahkan suspek perompak berkenaan adalah terdiri daripada anggota Angkatan Pertahanan Rakyat (PDF) di Sagaing, katanya.

    Langkah keselamatan lanjut sedang dijalankan untuk menangkap suspek yang melarikan diri, tambah laporan itu. – Xinhua

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda