NICOSIA, 2 APRIL – Cyprus telah melanjutkan pengharaman ke atas semua penerbangan komersial selama dua minggu lagi sehingga 17 April untuk mengawal penyebaran koronavirus, kata menteri pengangkutan hari ini.
Selepas “menilai situasi…kami memutuskan untuk melanjutkan perintah yang diperkenalkan selama dua minggu pada 21 Mac selama 14 hari lagi,” tulis Yiannis Karousos di Twitter.
Kementerian pengangkutan memberitahu laman berita tempatan Financial Mirror bahawa penerbangan kargo daripada senarai 28 negara dikecualikan daripada pengharaman serta penerbangan untuk warga asing yang terkandas dan ‘atas sebab-sebab kemanusiaan.”
Pada petang semalam, Cyprus telah mencatat 397 kes koronavirus dan 11 kematian akibat pandemik, termasuk dua kematian di utara pulau. – AFP