Umum mengetahui bintang bola sepak David Beckham cukup rapat dan menyayangi anak perempuan tunggalnya iaitu Harper Seven.
David, 50, sering menunjukkan kasih sayang dan kemesraan mereka di khalayak ramai apatah lagi Harper sering menemaninya ke mana-mana.
Bagaimanapun tindakan David cuba mencium mulut Harper di khalayak ramai mencuri perhatian ramai dan menganggap ia perbuatan keterlaluan.
Malah ciuman itu tidak disambut baik Harper yang kini berusia 13 tahun apabila dia cuba mengelak dan membiarkan bapanya mencium pipinya.
David bagaimanapun dilihat beberapa kali melakukan percubaan itu namun Harper tidak membalasnya sebelum mereka akhirnya ketawa bagi mengelakkan rasa tidak selesa.
Memetik laporan mStar, rata-rata mereka menganggap tindakan tersebut tidak sepatutnya dilakukan David kerana anaknya semakin dewasa.
Meskipun mereka anak dan bapa namun David sepatutnya menjaga batas apatah lagi di hadapan orang ramai.
Warganet bagaimanapun memuji tindakan Harper yang cuba mengelak dan sedar perbuatan itu salah dan tidak patut dilakukan di hadapan orang ramai.
“Dia memang sayang anak dia tapi tak boleh cium mulut anak depan orang ramai.
“Nampak pelik, anak dia sudah besar dan tahu malu. Patut hormat anak dia!
“Tengoklah anak dia pun cuba elak daripada dicium bapa sendiri. Dia sudah remaja bukan kanak-kanak lagi,” antara komen warganet.
Harper merupakan anak perempuan tunggal David bersama isterinya Victoria Beckham.
Selain Harper mereka mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Brooklyn, 25, Romeo, 22 dan Cruz, 19. – Agensi