Sunday, October 6, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    David Beckham semakin protective

    Bintang bola sepak, David Beckham meluahkan kebimbangan melihat anak perempuannya iaitu Harper Seven semakin meningkat dewasa.

    Menurut mStar, disebabkan hal itu, David yang berusia 49 tahun, menjadi semakin protective dan dibelenggu kerisauan jika terjadi sesuatu perkara tidak diingini terhadap anaknya.

    Sumber bagaimanapun memberitahu David melayan Harper dengan begitu baik dan tidak pernah memarahi anak keempatnya itu.

    “David dan Harper memiliki ikatan yang sangat istimewa, dia menjadi seorang bapa yang protektif, nampak sangat dia risau jika ada orang menyakiti gadis kecilnya itu.

    “Harper masih muda, jadi banyak perkara yang dia ingin cuba dan yang pasti dia sendiri tak tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang,” kata sumber kepada majalah Heat.

    Lebih membuatkan Beckham gusar apabila melihat Harper kini sudah pandai bergaya dan mengenakan imej agak seksi seperti mengikut jejak langkah ibunya iaitu Victoria.

    “Dalam beberapa bulan akhir ini, Harper benar-benar berubah.

    “Dia lebih suka berdandan rambut, menggunakan alat solek serta keluar bersama teman dan selalu bincangkan hal kecantikan dengan ibunya,” kata sumber lagi. – Agensi

    David Beckham bersama Harper. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda