Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dedah pelajar kepada perayaan Pertengahan Musim Luruh

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Dengan matlamat untuk memberikan pendedahan mengenai budaya masyarakat Tionghua khususnya Perayaan Pertengahan Musim Luruh, Sekolah Chung Hwa Kiudang telah meraikan perayaan berkenaan sebagai aktiviti tahunan sekolah di dewan serba guna sekolah pada 21 September lalu.

    Aktiviti dimulakan dengan penerangan mengenai asal usul, makna dan adat resam tradisional Perayaan Pertengahan Musim Luruh, diikuti dengan kuiz di mana pelajar yang berjaya menjawab soalan kuiz telah diberikan hadiah.

    Selepas sesi penerangan, para pelajar berpeluang mempelajari secara mendalam mengenai perayaan berkenaan dengan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti termasuk membuat tanglung dan kuih bulan yang dikendalikan oleh Puan Phang.

    Acara bermatlamat untuk memperkayakan kefahaman para pelajar mengenai pentingnya perayaan itu kepada masyarakat Tionghua selain membolehkan para pelajar dan guru merasai suasana kebudayaan perayaan pertengahan musim luruh.

    Murid-murid mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang diadakan untuk memeriahkan Perayaan Pertengahan Musim Luruh. – Gambar serahan Sekolah Chung Hwa Kiudang
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda