Saturday, October 5, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Defisit dagangan Jepun meningkat kepada AS$15 b

    TOKYO, 15 DIS – Defisit dagangan Jepun meningkat kepada lebih 2 trilion yen (AS$15 bilion) pada November ketika kos lebih tinggi untuk minyak dan yen lemah telah mendorong import meningkat.

    Ia adalah bulan ke-16 berturut-turut negara mengalami keadaan debit dan rekod yang tinggi untuk November. Negara itu mungkin mencatat defisit rekod untuk tahun ini.

    Defisit untuk November adalah dua kali lebih tinggi berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya. Eksport meningkat 20 peratus kepada 8.8 trilion yen sementara import melonjak 30 peratus berbanding setahun sebelumnya kepada 10.9 trilion yen.

    Ekonomi ketiga terbesar di dunia itu telah mencatat pemulihan selepas Jepun melonggarkan langkah antivirus dalam separuh tahun kedua dan membuka semula sempadannya kepada pelancong asing pada Oktober.

    Namun sektor eksportnya menerima tekanan daripada kos yang meningkat, kekurangan cip komputer dan beberapa keluaran industri lain selain kelembapan permintaan ketika bank pusat di pasaran besar seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah mengenakan kenaikan kadar faedah untuk memperlahankan aktiviti perniagaan serta mengawal inflasi.

    Hantaran ke China meningkat 3.5 peratus, ketika negara masih bergelut dengan sekatan ‘sifar COVID,’ yang menjejas aktiviti perniagaan termasuk pengeluaran. Eksport ke semua
    negara Asia pula meningkat hampir 12 peratus. – AP

    Sebuah kapal kontena berlabuh di terminal kontena di pelabuhan Kawasaki berdekatan Tokyo. Defisit dagangan Jepun meningkat kepada lebih AS$15 bilion pada November. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda