Sunday, October 6, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Demam denggi landa selatan India, Karnataka

    NEW DELHI, 7 JULAI – Demam denggi melanda beberapa bahagian di negeri selatan India, Karnataka, dengan hampir tujuh orang disyaki meninggal dunia akibat penyakit itu dan lebih 7,000 kes direkodkan, menurut seorang pegawai Jabatan Kesihatan negeri, lapor Xinhua.

    Lebih 1,000 kes didaftarkan di ibu negeri Bengaluru sahaja.

    Antara daerah yang teruk terjejas oleh demam denggi ialah Hassan, Chikmagalur, Bengaluru dan Mysore.

    Memandangkan jumlah kes demam denggi yang semakin meningkat, ahli parlimen persekutuan dari kawasan luar bandar Bengaluru dan pakar kardiologi terkenal, CN Manjunath

    menggesa kerajaan negeri untuk mengisytiharkan demam denggi sebagai ‘darurat perubatan negeri’. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda