LOS ANGELES, 17 JAN – Shai Gilgeous-Alexander menjaringkan 40 mata ketika Oklahoma City Thunder berjaya membalas dendam selepas kekalahan minggu lalu kepada Cleveland Cavaliers dengan kemenangan 134-114 dalam pertembungan berat sebelah antara pendahulu liga saingan NBA itu, kelmarin.
Gilgeous-Alexander menghasilkan persembahan menyeluruh yang mengagumkan sepanjang pusingan untuk menjaringkan 40 mata ke-18 dalam kariernya, mengatasi barisan pemain Cavaliers di Pusat Paycom di Oklahoma City.
Gilgeous-Alexander yang berusia 26 tahun itu menamatkan perlawanan dengan menjaringkan 40 mata, lapan assist dan tiga rebound, di mana ia merupakan prestasi cemerlangnya.
Luguentz Dort mebantu bahagian serangan dengan jaringan 22 mata, termasuk enam daripada sembilan jaringan tiga mata. Jalen Williams turut menambah jaringan 19 mata.
Darius Garland mendahului jaringan Cavaliers dengan jaringan 20 mata, manakala Donovan Mitchell hanya menjaringkan lapan mata. Keputusan itu meletakkan Thunder dan Cavaliers dengan rekod keputusan yang sama iaitu 34-6 di puncak liga bagi conference masing-masing.
Gilgeous-Alexander cuba menenangkan kepentingan kemenangan selepas buzzer terakhir.
“Malam ini adalah persembahan yang baik. Kami melakukan perkara yang sepatutnya kami lakukan,” kata pemain Kanada itu kepada penyiar televisyen TNT. – AFP